Tuesday, January 25, 2011

Lawatan Pendidikan MARA dan Kursus Masakan











22 Januari 2011, Sabtu.

Pelajar-pelajar lelaki tingkatan lima telah dibawa melawat karnival pendidikan MARA di Labis. Antara institusi yang membuat pameran ialah GiatMara, KLMU dan IPTA/S yang lain. Pelajar telah didedahkan mengenai peluang pendidikan tinggi selepas SPM nanti.

Pelajar-pelajar perempuan tingkatan lima pula telah diberi kursus memasak yang dikendalikan oleh guru-guru. Antara masakan yang disediakan ialah salad, ayam dan ikan. Semua masakan tersebut telah dihidangkan kepada guru-guru dan para pelajar semasa makan tengahari.

Friday, January 14, 2011

JAMUAN RASMI SEKOLAH











14 Januari 2011, Jumaat.

Jamuan ini diadakan khas sempena meraikan sesi persekolahan baru tahun 2011. Guru-guru dan para pelajar dihidangkan dengan makanan yang istimewa iaitu ayam sambal, udang goreng, sayur dan kari sayur campur. Para pelajar yang menyambut hari jadi pada bulan Januari turut diraikan. Jamuan ini juga berjaya merapatkan silaturahim antara guru-guru dan pelajar.

Thursday, January 13, 2011

FORM 4 SECOND INTAKE






13 January 2011, Thursday.

Form four second intake had been held at the Dewan Puteri on Thursday from 8.00 a.m. until 12.00 p.m. This was a smaller scale function compare to the previous one. Quite a number of new students registered themselves who were mostly accompanied by their parents. Welcome to SMV Segamat...

Saturday, January 8, 2011

GOTONG ROYONG SMVS

8 Januari 2011, Sabtu.

Gotong-royong perdana telah dijalankan dengan jayanya. Guru-guru dan para pelajar telah dibantu oleh Majlis Daerah Segamat untuk membersih, membaiki dan menceriakan sekolah. Sesungguhnya aktiviti ini amat meletihkan tetapi kawasan sekolah seperti asrama, tandas, kelas, longkang, bengkel, surau, bilik guru dan banyak lagi kawasan sekolah telah bersih dan lebih ceria. Syabas.











Thursday, January 6, 2011

MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 4






















6 Januari 2011, Khamis.

Minggu orientasi tingkatan 4 untuk pelajar-pelajar baru bermula dari 6 Januari hingga 10 Januari 2011. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah disiplin, taklimat undang-undang sekolah dan asrama, sukan dan riadah pada sebelah petang, latihan perhimpunan, latihan dalam kumpulan dan banyak lagi. Minggu yang sangat memenatkan tetapi para pelajar pasti akan bergembira di sekolah baru. Selamat menjadi warga baru SMV Segamat...